SUKAN & REKREASI

GOLF

UUM telah dipilih sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Golf  oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Kini proses menaik taraf Padang Golf UUM dari 9 lubang kepada 18 lubang dilakukan dan dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Terkini terdapat program baru yang ditawarkan oleh UUM kepada atlet sukan golf untuk kursus teori dan latihan di kampus UUM. Antara kemudahan yang disediakan ialah 'buggy track' dan 'halfway drinking hut'. Padang golf ini juga mempunyai 'driving range' berbumbung dan sebuah rumah kelab berserta 'coffee house.'



Padang Golf lengkap dengan 'buggy track' dan 'halfway drinking hut'



wanita juga turut mengambil bahagian

GO KART

Litar Go-Kart UUM merupakan yang pertama di dunia dibina dalam kampus. Uniknya, Litar Go-Kart UUM yang dibina melawan pusingan jam merupakan litar keempat dibina seumpama itu di dunia serta mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Automobil Malaysia. Semua pelajar boleh menyertainya dengan caj bayaran RM5 untuk 5 pusingan. Orang luar yang berminat juga boleh menyertainya dengan caj bayaran RM30 untuk 5 pusingan.
terletak bersebelahan kawasan letak kenderaan Dewan MAS

keluasan 5.67 ekar
litar sepanjang 1.2km dengan lebar semaksimum 13 meter dan minimum 8 meter.

PUSAT EKUIN

Pusat Ekuin UUM merupakan Prasarana Sukan UUM Bertaraf Dunia menjadi salah satu aktiviti Ko-Kurikulum yang baru di kampus ini. Pusat Ekuin UUM ditubuhkan pada tahun 2008 untuk aktiviti sukan berkuda. UUM telah menyediakan lapan ekor kuda bagi memberi peluang kepada pelajar dalam sukan berkuda ini. Dengan adanya prasarana yang disediakan, universiti dapat melahirkan pelajar yang aktif serta berkualiti selain berjaya dalam bidang akademik. Mahasiswa juga turut diberi peluang untuk menyerlahkan bakat mereka dalam bidang sukan ini sekaligus dapat memanfaatkan prasarana yang disediakan oleh pihak universiti. 

  










Pelajar perlu mematuhi Peraturan dan Etika Pusat Ekuin bagi tujuan keselamatan:

    1. Pendaftaran diperlukan sebelum menunggang kuda.
    2. Gunakan gigi berkuda yang tepat.
    3. Perhatikan troubleshooting keselamatan dan disiplin setiap saat.
    4. Ikut arahan dari pelatih dan jurulatih.
    5. Patuhi jadual masa dan lebih awal 15 minit sebelum setiap sesi latihan.
    6. Tutup gerbang lapangan semasa masuk dan keluar.
    7. Jangan melepaskan kuda keluar.
    8. Dilarang merokok.
    9. Bantuan pot dalam pemeliharaan pusat.
   10. Menjadi pengguna yang selamat dan bertanggung jawab untuk menikmati sukan.


KOLAM RENANG

Selain itu, terdapat juga pelbagai prasarana lain seperti kolam renang bersaiz olimpik. Mahasiswa mahupun mahasiswi boleh datang ke kolam ini pada hari yang telah ditetapkan. Bagi pelajar wanita, kolam renang dibuka pada setiap hari Ahad manakala pelajar lelaki pula dibuka pada setiap hari rabu. Pelajar dikehendaki memakai pakaian renang bagi tujuan keselamatan.


kolam renang UUM


jadual waktu kolam renang beroperasi


LAPANG SASAR MEMANAH

Universiti Utara Malaysia juga menyediakan lapangan sasar memanah.
terletak berhampiran dengan pusat ko-kurikulum
fokus pada sasaran


Antara kemudahan sukan lain adalah stadium mini, menembak, gelanggang skuasy, ragby, hoki, bola sepak, bola jaring, bola keranjang, dan sepak takraw. Kemudahan juga disediakan di setiap penginapan pelajar. Selain itu, UUM menyediakan kemudahan rekreasi seperti trek basikal, trek joging, trek hutan, kenu, kawasan perkhemahan, menara abseiling dan ekuisterian.