TAMAN REKREASI

1. Taman Memancing
 Pelajar boleh datang ke taman memancing UUM pada bila-bila masa sahaja. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah jeti, pondok terbuka dan tandas awam,
antara ikan yang terdapat ialah ikan lampam, patin, keli, kap, talapia dan lain-lain
2. Taman Rusa
Taman Rusa telah disediakan untuk mahasiswa, kakitangan, dan para pengunjung di Universiti Utara Malaysia. Sambil anda beriadah dan menghirup udara segar pada waktu petang, anda boleh meluangkan masa untuk singgah ke taman rusa. Jenis rusa yang diternak ialah Rusa Timor ( Cervus timorensis ). Jumlah rusa yang diternak ialah 93 ekor iaitu 5 ekor jantan, 45 ekor betina, dan 43 ekor anak. Keluasan kawasan adalah 8 ekar. Kemudahan yang disediakan seperti Padang ragut yang berpagar Cyclone, Bangsal teduhan, Rumah kelam, Setor dan sistem sprinkler. 

taman ini berhampiran dengan pusat sukan
Rusa Timor ( Cervus timorensis ).

anda boleh datang ke sini pada bila-bila masa


 3. Dusun Buah-buahan
Terdapat dua jenis dusun buah-buahan iaitu dusun buah-buahan komersial dan dusun buah-buahan nadir.
i. Dusun buah-buahan komersial- Antara jenis-jenis pokok buah-buahan adalah seperti Durian, Manggis, Dokong, Mangga, Cempedak, Rambutan, Sukun, Nangka, Belimbing, Limau dan Ciku. Jumlah keseluruhan 2132 pokok dan keluasan kawasan 38.59 ekar. Kemudahan pam air dan sistem sprinkler disediakan. 

pokok dokong
  
buah dokong
buah dokong
dusun mangga
buah ciku
 
nangka
pokok nangka
ii. dusun buah-buahan hutan (nadir) - Jenis-jenis pokok buah-buahan hutan seperti Nam nam, Langsat, Mengkudu, Keranji, Amra, Keriang Dot dan lain-lain. Jumlah keseluruhan adalah 900 pokok dengan keluasan kawasan 19.41 ekar.
4. Taman Botani
Taman Botani terletak berhampiran dengan DKG4. Taman ini merangkumi kawasan seluas lebih kurang 28 ekar, dilengkapi dengan rumah hijau dan wakaf untuk rehat.




 

5. Taman Semulajadi
Mengandungi tapak semaian orkid, taman harba, habitat rama-rama dan 'santuary' burung. Bagi mereka yang meminati keindahan alam dan kicauan burung-burung, taman semulajadi menjanjikan sesuatu yang sungguh mengembirakan. Sesiapa yang meminati fotografi boleh menjadikan taman ini sebagai latar belakang penggambaran.